Rakan WARTAMAYA

Friday, October 2, 2009

Akhbar perlu lakukan penjenamaan semula


KUALA LUMPUR: Akhbar perlu berkembang dan melakukan penjenamaan semula bersesuaian dengan perubahan kehendak pembaca untuk memastikan kesinambungan kelangsungan penerbitan itu dalam pasaran.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Zainul Arifin Mohammed Isa, berkata langkah itu penting berikutan kemunculan pelbagai media baru melalui internet dan secara digital yang mempengaruhi corak perolehan berita dalam kalangan orang ramai.

Malah, beliau berkata, kajian mendapati ramai pembaca berhenti mendapatkan maklumat daripada akhbar apabila mereka mula mengikuti pengajian di kolej sekitar umur 17 atau 18 tahun, dan hanya kembali melanggani penerbitan itu apabila sudah berkeluarga kira-kira 10 tahun kemudian. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list