Ahli Parlimen buat laporan polis artikel menteri dibiaya

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat di sini semalam meminta pihak berkuasa menyiasat kesahihan laporan satu artikel yang mendakwa sebuah syarikat membiayai ‘hadiah’ berupa sebuah kenderaan mewah oleh seorang menteri kepada isterinya.
Laporan dibuat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, jam 1.27 tengah hari.
Artikel itu menurut mereka disiarkan dalam laman blog Malaysia Today bertarikh 14 Oktober, yang menyebut menteri berkenaan membeli sebuah Toyota Alphard berharga RM574,884.10 kepada isterinya sebagai hadiah hari jadi pada Januari lalu. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment