ADUN Kota Siputeh bakal digantung tugas?
ALOR SETAR 21 Okt. - Isu kedudukan Datuk Abu Hasan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh kini dipanjangkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Jawatankuasa berkenaan dijadual mengadakan mesyuarat pada 26 Oktober ini bagi menentukan sama ada Abu Hasan telah melanggar peraturan selepas gagal hadir sebanyak dua kali berturut-turut di mesyuarat DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.
Berikutan perkembangan terbaru itu, ADUN Kota Siputeh tersebut dikatakan berdepan kemungkinan digantung tugas atau daripada menghadiri sesi DUN pada pertengahan bulan depan.
Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, mesyuarat tersebut diatur selepas pihaknya menerima aduan yang meminta kes Abu Hasan dirujuk ke jawatankuasa berkenaan.- + selanjutnya
1 comments:
bodoh... Speaker tu mmg bodoh.. takpe.. kat perak nanti Ganesan Gantung semua adun pakatan perogol rakyat ni,.,. wakakkakaa!
Post a Comment