UMNO tak beri arahan bantu 12 penduduk Seksyen 23 yang didakwa: Noh
SHAH ALAM: Umno Selangor tidak mengeluarkan atau menerima sebarang arahan bagi membantu 12 penduduk Seksyen 23 yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini minggu lalu kerana terbabit dalam demonstrasi jalanan membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar, berkata tiada sebarang makluman atau arahan diterima mahupun dikeluarkan pucuk pimpinan negeri berhubung isu berkenaan memandangkan ia adalah mengikut prosedur.
"Kita tidak salahkan polis atau membantah penahanan mahupun pendakwaan terhadap mereka yang terbabit dalam demonstrasi jalanan itu kerana ia satu tindakan yang memang tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.- + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment