Umno Parti Islam Apa?
Entah kali keberapa Umno diisytihar sebagai parti Islam, kurang dapat dipastikan. Mahathir pernah mengisytihar Malaysia sebagai negara Islam, maknanya Umno yang perintah Malaysia adalah parti Islam.
Abdullah pernah popular dengan slogan ‘Islam Hadhari’, maknanya Umno ketika itu parti Islam Hadhari. Suatu masa dulu Umno pernah digahkan sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Malaysia.
Kini Najib pula kata Umno adalah parti Islam. Buktinya, ayahnya pernah buat Felda, tolong orang miskin dan macam-macam lagi. Oklah tu.
Mengapa pada hari ini, Najib perlu beritahu lagi kepada orang bahawa Umno adalah parti Islam? Tentu kerana Najib percaya bahawa orang tidak percaya Umno adalah parti Islam. Beritahu pula bukan sekali tetapi sudah berkali-kali. Walau sudah berkali-kali pun orang tidak percaya juga, tentu ada masalahnya. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment