Tiada rasional bertemu Khairy, Umno sudah habis idea
TAIPING, 23 Sept: Jemputan oleh Ketua Pemuda PAS sudah melangkaui dua bulan sejak 29 Julai lalu namun sehingga kini wacana itu belum menjadi realiti disebabkan aneka dolak dalik, alasan dan syarat yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sekaligus membuktikan kelemahan pemimpin sayap kanan parti itu.
Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi berkata, sikap mengelak itu jelas menonjolkan kepada umum betapa Umno dan pemudanya sudah kehabisan idea dan tidak bersedia sama sekali untuk membuktikan kebenaran.
"Tak perlu tunggu lagi. Tinggalkan dolak-dalik dan permainan mereka ini kerana sudah bangkrap idea.
"Kita akan teruskan perjuangan dengan lebih hebat lagi dan memberi penerangan kepada rakyat, betapa Umno tidak bersedia untuk buktikan kebenaran seperti tajuk wacana yang kita anjurkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment