Rakan WARTAMAYA

Friday, September 25, 2009

Teluk Kemang tetap mahu Isa


Umno Telok Kemang tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka mereka untuk terus menamakan Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang walau hanya tinggal seminggu.

Ketua Wanitanya Rohani Yaakob berkata pemimpin atasan Umno bagaimanapun berhak untuk memilih calon yang sesuai dengan mengambil kira pandangan bahagian berkenaan.

"Kita sudah ada kata putus. Seluruh bahagian Teluk Kemang sebulat suara mahu Tan Sri Isa diletakkan sebagai calon," katanya kepada Malaysiakini.

"Setakat ini masih dibincangkan lagi (oleh pucuk pimpinan). Terpulanglah (presiden) hendak letak siapa," katanya lagi.

Umno masih bergelut dengan misteri calon bagi kerusi tersebut susulan tindakan bahagian itu dan badan perhubungan Negeri Sembilan yang menyerahkan satu nama sahaja.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list