Tabung kos peguam dilancar
[...] Menurut Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri, ia adalah inisiatif penduduk Islam di situ supaya mereka yang didakwa di mahkamah mendapat sumber kewangan untuk khidmat guaman termasuk bayaran ikat jamin.
‘‘Alhamdulillah, majoriti penduduk Islam di Seksyen 23 memberikan sokongan kepada mereka yang didakwa di mahkamah itu dengan mengadakan kutipan dari rumah ke rumah.
‘‘Penduduk di sini kenal siapa sebenarnya individu yang didakwa itu. Mereka mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain,” jelasnya ketika hubungi di sini hari ini.
Tambah Ibrahim, sumbangan penduduk Islam di kawasan itu sebenarnya menggambarkan bahawa kesemua mereka sepakat dan menunjukkan pendirian yang sama dalam isu itu yang sudah berlarutan sejak lebih sebulan lalu.
Beliau yang juga merupakan salah seorang yang didakwa atas dua tuduhan itu memberitahu, mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi talian 019-2801010 atau 016-2192450 untuk maklumat lanjut. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment