Suara Rakyat Suara Keramat - Najib
TAWAU 13 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin adil perlu menjaga kepentingan semua rakyat dan bukannya hanya menjaga kumpulan penyokong atau ahli parti sahaja.
Beliau berkata, hakikat itu perlu menjadi pegangan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, yang menjadi penentu jatuh bangun pemimpin adalah rakyat.
"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.
"Sebagai Presiden UMNO, saya boleh mempertahankan jawatan kalau saya menjaga 2,500 perwakilan tetapi saya tidak mahu semata-mata menjaga 2,500 perwakilan UMNO.
"Sebaliknya, saya mahu menjaga 27 juta rakyat Malaysia dan saya harap ini menjadi sikap pemimpin kita di semua peringkat," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Kauthar di sini hari ini. - + selanjutnya
Slogan sapa tu? Ciplak ke tiru?
![]()
0 comments:
Post a Comment