Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 10, 2009

SPRM nafi pegawainya terbabit dalam penderaan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan mana-mana pihak yang menuduh pegawainya melakukan penderaan ketika melakukan siasatan.

Sehubungan itu, SPRM meminta pihak polis supaya membuat siasatan secara bebas dan terperinci terhadap semua laporan yang mendakwa pegawainya melakukan penderaan ketika menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat laporan terhadap SPRM, sekiranya laporan itu didapati tidak benar dan palsu.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata, pihak berkenaan sengaja membuat laporan untuk menjatuhkan imej SPRM serta menjejaskan proses siasatan terhadap kes pihak tersebut. - + selanjutnya

Hish ... diorang ni asyik nak fitnah jer ...
SPRM adalah golongan yang mulia dan sopan santun.
Share/Bookmark

1 comments:

Yong September 10, 2009 at 7:13 PM  

Awat hampa ni dok fitnah SPRM? Hampa tak kesian ka depa dok kerja teruk2 sampai terpaksa tidoq di pejabat. Huh! bukan suma oghang bulih kerja 24 jam macam depa kat SPRM tuh. Tulung kesian sikit. Mana eh depa ada pukoi oghang? Depa cuit2 sikit aja. Besa la...oghang sayang...

Blog list