Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 27, 2009

Sokong Selcat secara tertutup


PUTRAJAYA: Umno Selangor menyokong cadangan Pesuruhjaya Pas negeri itu, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang mahu supaya proses pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, dilakukan secara tertutup demi menjaga imej dan maruah pegawai kerajaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar, berkata tindakan Selcat yang membuat pendengaran awam secara terbuka dianggap amat tidak adil kerana peranannya tidak sama seperti mahkamah yang mempunyai pendakwa dan hakim yang boleh menjatuhkan hukuman kepada tertuduh jika didapati bersalah. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list