Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 10, 2009

Selcat: RM2.5 Juta Lesap Tak Sampai 2 Bulan

Sejumlah hampir 2.5 juta ringgit habis dibelanjakan dalam tempoh dua bulan oleh lima Adun Barisan Nasional, sebelum menjelang pilihan raya umum, Mac tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Kim berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan oleh Adun Adun untuk tempoh 12 bulan.

Teng menyifatkan kelulusan peruntukan oleh Pejabat Daerah adalah satu kecuaian kerana tidak melakukan sebarang pemantauan terhadap peruntukan wang yang telah diamanahkan.

"Ada kecuaian pada pihak pejabat daerah untuk meluluskan permohonan untuk projek kecil ini, kerana tidak berdasarkan laporan daripan pihak juruteknik.

"Beban tugas adalah soal lain, kalau tak pantau tak pantau lah, kenapa tak pantau, itu sebab soal lain, memang ada kecuaian dalam perkara ini kerana pada masa itu dan kelulusan telah diberikan kepada projek peruntukan diluluskan tanpa mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan," katanya. - selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list