Selcat: MB pengerusikan mesyuarat khas Isnin
PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas Isnin ini bagi menangani isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - dilihat sebagai satu lagi krisis keyakinan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat - yang berlarutan lebih seminggu lalu.
"Saya akan mempengerusikan satu mesyuarat Isnin ini melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan bagi membolehkan setiap pihak menimbulkan keprihatinan dan penjelasan masing-masing berhubung perkara ini," kata Menteri Besar dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan petang ini.
Khalid memberitahu, beliau percaya bahawa isu berkenaan timbul ekoran kesilapan komunikasi antara anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.- + selanjutnya

0 comments:
Post a Comment