Rakan WARTAMAYA

Monday, September 14, 2009

Samy Vellu bidas Najib pulak

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Selepas menyatakan orang-orang India meluat dengan Barisan Nasional (BN), semalam Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu membidas Perdana Menteri pula.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau yang dilihat menjawab balik apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung MIC kelmarin.

Dalam ucapannya semalam, Najib mengingatkan pemimpin parti-parti komponen BN supaya tidak hanya popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa sama mereka gagal memenangi hati rakyat. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list