Saiful persoal Anwar dapat keistimewaan?
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Mohd. Saiful Bukhari Azlan, mangsa dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh, mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap bekas majikannya itu sehingga perbicaraan sebenar masih tidak dapat berlangsung sehingga kini.
Ini berikutan Anwar diberi terlalu banyak ruang mengemukakan permohonan demi permohonan termasuk yang tidak berasas hingga timbul persoalan sama ada layanan yang sama akan diberikan jika ia dilakukan oleh rakyat biasa.
Saiful berkata, permohonan terbaru Anwar untuk menggugurkan kelayakan barisan pendakwa dalam kes tersebut, jelas bukan sahaja tidak berasas malah mempersendakan keadilan.
''Benar kata Timbalan Pendakwa Raya, permohonan ini sememangnya tidak berasas dan seperti mempersendakan keadilan. Namun, bagi saya, pihak tertuduh tidak mempedulikan semua itu. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment