Adun dilabel penentang MB sedia temui TPM
KUALA TERENGGANU: Kumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilabel sebagai penentang kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bersedia bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menawarkan diri untuk mencari penyelesaian terhadap kemelut dalaman Umno Terengganu.
Bagaimanapun, mereka yang positif terhadap pelawaan Timbalan Perdana Menteri berharap pisang tidak berbuah dua kali, justeru mahu pucuk pimpinan tertinggi mengambil langkah proaktif dengan memastikan masalah berlarutan sejak lebih 18 bulan lalu diselesaikan terus, bukan hanya setakat mendengar.
"Sebenarnya beliau (Muhyiddin) tahu isu dan permasalahan ini. Jika itu kemahuannya, kita ikut, ..tetapi kita minta bukan setakat dengar masalah, sebaliknya perlu mengambil tindakan penyelesaian segera bagi memperkasakan semula parti. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment