Rakan WARTAMAYA

Saturday, September 5, 2009

Exco Pemuda Umno nafi jadi dalang perarakan kepala lembu

KUALA LUMPUR: Exco Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan semalam menafikan bahawa beliau menjadi dalang dalam perarakan membawa kepala lembu ke bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) Jumaat lepas.

Beliau, yang Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang, berkata pada hari kejadian beliau ditemui oleh beberapa orang penduduk Seksyen 23 Shah Alam sebaik sahaja selesai menunaikan solat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

"Ketika itu saya baru selesai solat dan apabila tiba di pintu keluar saya lihat ramai penduduk Seksyen 23 sedang berkumpul...pada masa sama saya lihat beberapa rakan yang agak saya kenal sedang mengedarkan risalah kepada orang ramai.

"Selepas membaca risalah tersebut saya mengambil keputusan untuk menyertai penduduk berkenaan dalam perarakan ke bangunan SUK bagi menunjukkan tanda protes cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan Seksyen 23. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list