Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 30, 2009

Sabah dan Sarawak Masih Jauh Ketinggalan Dalam Kemajuan Pembangunan Negara


[...] Menurut Dr. Jefry lagi ,mengapa tarikh 16 September menjadi tarikh penting adalah ketika bermulanya pembentukkan Negara Malaysia.

“Peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukkan Malaysia perlu dihargai perlu juga difahamkan bahawa Sabah dan Sarawak bukan masuk atau menyertai Malaysia tetapi membantu membentuk Negara Malaysia .Ia juga mengingatkan kita tentang perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963,’katanya.

Sementara itu Pemimpin Masyarakat Sarawak ,Tuan Baru Bian berkata antara faktor menyebabkan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana ingin mengubah mentaliti rakyatnya ke arah kemajuan pembangunan.

“Salah satu faktor sabah dan Sarawak bersetuju dalam membentuk Malaysia adalah kerana masyarakatnya yang boleh bergabung dan boleh berjalan seiring dalam arus pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan persekutuan pada masa itu dengan harapan mereka generasi akan datang dapat meningkatkan taraf hidup selaras dengan pembangunan Nasional,”ujarnya.

“Nenek moyang kami telah dijanjikan kehidupan yang lebih baik peluang pendidikan dan pembahagian hasil kekayaan yang sama rata antara setiap negeri.Hari ini setelah 46 tahun Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia harapan nenek moyang kami berdiri sama tinggi duduk sama - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list