Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 30, 2009

Padang di dalam kegelapan, 330 pelajar Malaysia berkumpul


Akibat bencana gempa bumi yang melanda Sumatera hari ni, Padang berada di dalam kegelapan kerana terpotongnya bekalan elektrik. Gempa bumi yang berlaku petang tadi telah menyebabkan warga Padang di dalam keadaan panik serta meninggalkan tempat kerja masing masing untuk pulang ke kediaman untuk menyelamatkan keluarga masing masing.

Menurut Pengarah pelajar Malaysia disana, penuntut Malaysia seramai 330 orang telah di tempatkan di Universitas Andalas. Rumah kediaman mereka banyak yang runtuh dan mengalami kebakaran.

TV tempatan melaporkan, banyak bangunan telah runtuh termasuk bangunan tinggi dan hotel. Media turut melaporkan kebimbangan banyaknya kemalangan jiwa yang mungkin berlaku kerana tertimbus di bawah runtuhan-runtuhan bangunan tersebut.

Terjemahan dari sebahagian berita Sin Chiew Jit Poh.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list