Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 27, 2009

Rasuah: Malaysia merudum lagi, lebih buruk dari Botswana dan Bhutan


KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

anakpahang,  September 27, 2009 at 2:41 PM  

Insyaallah indeks ini akan terus meningkat selagi UMNOBN memerintah.

Kenapa?

Perasuah dalam UMNO terutama pemimpin mereka, Khairi Jamaludin,Isa Kamarudin,dan rakan rakan meraka yang sewaktu dengannya sekarang ini masih bebas bergerak ke sana ke mari menjaja betapa hebatnya mereka.Mengapa tidak dibicarakan di mahkamah civil?..kerana mereka pemimpin UMNO kah maka mereka terlepas dari tuduhan di mahkamah? Adilkah UMNO?teluskah UMNO? Berintegritikah UMNO?

UMNO dan pimpinan mereka adalah puak-puak yang langsung tidak layak untuk bercakap pasal menghapuskan rasuah, ekor mereka terpalit dengan berbagai bentuk rasuah.

Jika ada kakitangan kerajaan berpangkat rendah atau tinggi, mereka akan dikenakan tuduhan dan didenda kerana rasuah...bagus, kita sokong tetapi bila puak-puak mereka dengan jelas melakukan rasuah mereka jadikan rasuah itu sebagai rasuah politik dalam UMNO.Maka ujudlah pengertian rasuah yang baru bagi tujuan menghalalkan perbuatan pemimpin UMNO.

Undang-undang double standard yang diamalkan oleh pimpinan UMNO dan pencacai mereka inilah nanti akan menhancurkan negara ini.

Blog list