PM mahu aset ATM ditingkatkan perkukuh kawalan keselamatan negara
[...] Sementara itu, ditanya mengenai laporan sebuah blog yang mendakwa batalion Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) Malaysia di Lubnan memerlukan kereta perisai baru pada kadar segera, Azizan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.
“Saya harus meneliti laporan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan,” katanya.
Laporan laman blog itu menyebut bahawa pasukan Malaysia yang bernaung di bawah panji-panji UNIFIL di Lubnan memerlukan kereta perisai baru bagi menggantikan kereta perisai sedia ada.
Penulis blog itu mendakwa, kereta perisai pasukan Malaysia jenis Condor itu kini dalam keadaan yang amat uzur dan ATM difahamkan akan menggantikan kenderaan tersebut beberapa bulan lagi.- + selanjutnya
berkaitan
Blog dakwa kereta perisai M'sia uzur
![]()
0 comments:
Post a Comment