Pindaan umur Pemuda Umno tetap tua
BERA, Sept 11 – Diberitakan bahawa di negara-negara seperti Vietnam, Iran dan Turki, ketua-ketua pemuda parti politik mereka kebanyakannya hanya berumur di sekitar 25 hingga 30 tahun. Walaupun nampak agak muda, pandangan mereka tetap didengar oleh pemimpin tertinggi parti hanya berdasarkan satu sebab, hanya orang muda sahaja yang mampu memberi pandangan tentang kehendak orang muda.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda Umno baru-baru ini menggesa supaya Pergerakan Pemuda Umno menghadkan syarat kelayakan umur kepada sesiapa yang mahu bertanding Ketua Pemuda Umno kepada 45 tahun berbanding tiada had umur sebelum ini.
Mengulas tentang ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Cabang Bera berkata bahawa usul Khairy tersebut belum lagi menepati aspirasi dan ciri-ciri perjuangan pemuda, kalau sekadar menghadkan umur kepada 45 tahun.
Rizan yang juga pernah menerajui Angkatan Muda Keadilan Negeri Pahang menyifatkan, pemuda di era globalisasi dan ledakan maklumat ini lebih cepat matang dan tahu membuat keputusan serta menetapkan halatuju mereka. Bagi Rizan, Khairy sepatutnya mencadangkan had umur itu diturunkan lagi ke tahap takrifan umur pemuda sebenarnya.
Rizan yakin, andaikata had umur 45 tahun ini diterima oleh Umno sekalipun, Umno tetap masih terkebelakang dalam merumuskan satu tindakan perubahan wajar bagi memikat dan menarik kembali minat golongan muda untuk bersama dengan Pemuda Umno. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment