Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 13, 2009

Peruntukan RM1.35juta Menzahirkan Cubaan Merampas Selangor

Peruntukan sebanyak RM1.35 juta yang akan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diagihkan ke masjid dan surau serata Selangor menzahirkan perancangan Umno-BN merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata beliau hairan mengapa pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno.

“Pada pendapat saya ini adalah rancangan politik terhadap negeri Selangor, kita memang sudah tahu pihak BN berura-ura hendak mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dan sudah ada beberapa pendekatan yang dilakukan yang kita sedia maklum sebelum ini mahu dilakukan melalui tindakan yang berhubung dengan mahkamah kalau ada bukti tentang penyelewengan dan rasuah,” katanya ketika dihubungi. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list