Pensyarah buat laporan polis dakwa dianiaya
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Seorang bekas pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini membuat laporan polis terhadap universiti berkenaan.
Dakwanya dia dianiaya selepas enggan meluluskan markah para pelajarnya pada tahun lalu.
Yasmin Norhazleena Bahari Md. Noor, 35, yang mengajar jurusan Syariah dan Undang-Undang mendakwa, beliau diminta oleh pihak pengurusan fakulti itu untuk meluluskan markah 135 pelajarnya yang gagal dalam ujian.
Bagaimanapun, disebabkan keengganannya berbuat demikian dakwanya, dia dimarahi dan dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh seorang pegawai tinggi di universiti itu.
"Kejadian itu berlaku Jun tahun lalu. Kira-kira sebulan kemudian, saya dimaklumkan oleh seorang kakitangan USIM bahawa seramai 65 orang daripada 135 pelajar itu telah diluluskan oleh pihak universiti. - + selanjutnya
![]()
1 comments:
Bodoh punya pensyarah, Kes tahun lalu kenapa hari ini baru buka mulut. Dia tak tahu ke gred students nya...
Post a Comment