Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 30, 2009

Penghalang PR untuk menewaskan BN dalam PRU 13


[...] Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya. Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Umno dan BN kini boleh berehat seketika dalam menyerang kerajaan Selangor. Dengan adanya orang-orang seperti Hasan, ketua pembangkang dari Umno, Datuk Khir Toyo boleh menumpukan sepenuh masa terhadap siasatan MACC terhadap kes rasuahnya.

Setakat ini, tindak tanduk yang dilakukan oleh Hasan telah menyebabkan ramai pengundi-pengundi di negeri Selangor menyesal kerana memberikan undi kepada Pakatan terutamanya PAS.

Dasar-dasar yang cuba di bawa oleh yang dipertua PAS Selangor tersebut rata-ratanya adalah “agenda Umno”, anti anak muda dan bukan Melayu. Jangan terkejut jika Pakatan tidak mengambil tindakan tegas kepada orang-orang seperti Hasan, undi rakyat di Selangor akan beralih sejauh 360 darjah dari mengundi Pakatan kepada mengundi BN.

Selain Selangor yang pertama kali diperintah oleh parti selain BN, cita-cita Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya mungkin tidak akan tercapai jika “orang-orang jahat” tidak dibersihkan daripada Pakatan yang mahu menjadi alternatif kepada BN.- + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list