Pemuda: MIC biadab kecam Dr Mahathir
Kecaman terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam adalah melampau dan
amat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.
"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.
"Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S Samy Vellu. - + selanjutnya

2 comments:
pegi dah!! korang hulur keris tak pe...memang betul pun. Tun tak perlu bagi komen dan tak perlu campur urusan MIC. Bayangkan kalu samy vel kata, najib tak boleh pakai masa perhimpunan nak memilih presiden umno.
dah kena dah.... memang perkauman betul la umno ni.... eh... kenapa khairy tak cakap ape pun nie???
Post a Comment