Ong Khan Lee selesa berbaju Melayu
PERMATANG PAUH, 23 Sept.Seringkali menghadiri majlis keramaian yang berkaitan dengan umat Islam atau masyarakat Melayu mengenakan Pakaian Kebangsaaan negara dengan bersampin adalah satu kemestian bagi Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun)Kebun Bunga, Ong Khan Lee.
Beliau yang ditemui semasa majlis sambutan Aidilfitri di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam melahirkan rasa selesa beliau memakai baju Melayu, bersampin dan bersongkok.
"Saya mempunyai tiga pasang Pakaian Kebangsaan seperti ini yang saya gunakan untuk menghadiri majlis-majlis keramaian yang bersesuaian.Saya juga merasa selesa dengan pakaian sedemikian.Ia juga tidak menghalang saya untuk meneruskan khidmat saya sebagai seorang Adun Pakatan Rakyat." - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment