Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 30, 2009

MCA bidas bookie pertaruhan haram EGM parti


KUALA LUMPUR 30 Sept. — Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng hari ini membidas bookie haram kerana memulakan pertaruhan siapa di antara Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat atau Timbalan Presiden yang dipecat, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang akan muncul pemenang Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti 10 Okt. ini.

Beliau mengecam aktiviti bookie atau sindiket perjudian haram itu sebagai

“amat tidak bertanggungjawab.”

“Saya percaya perwakilan pusat parti tidak akan membabitkan diri dalam aktiviti seperti itu yang akan menjejaskan keputusan pemilihan parti pada EGM berkenaan,” kata Wong dalam satu kenyataan. - Bernama
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list