Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 30, 2009

Gempa Sumatera : Ratusan rumah rosak


Berita STAR melapurkan, gegaran yang berlaku pada jam 6.20 petang tadi telah menyebabkan kepanikan penduduk di padang sumatera.

Laporan Reuters mengatakan bahawa Ratusan rumah sepanjang jalan, rosak teruk. Terdapat beberapa kebakaran, jambatan runtuh dan paip terputus menyebabkan beberapa lokasi banjir.

Laporan lanjut di sini

Menurut seorang pelajar yang dihubungi oleh Berita Bernama petang tadi menyatakan, terdapatnya hospital yang runtuh.
--------------------------------------------
8.20 pm - NST


Beberapa ketul Mat Salleh kelihatan berada di luar hotel Bayview, George Town selepas gegeran.

8.16 pm
Fenomena pelik
Anjing depan rumah yang melolong lolong sejak 2, 3 hari lepas telah berhenti berkaraoke.
Sebelum ini, anjing itu melolong tak kira siang malam sambil mendongak ke langit.

8.14 pm - MStar
"Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono.

Saluran berita tempatan, Metro TV melaporkan, kebakaran berlaku di tengah serpihan bangunan di Padang yang didiami kira-kira 900,000 penduduk. Para penduduk bertempiaran lari ke jalan-jalan apabila gempa tersebut melanda.
Share/Bookmark

2 comments:

Unknown September 30, 2009 at 9:24 PM  

Salam Wak.

Kenapa rakyat negara ini masih belum mahu bersyukur kita terhindar dari semua bencana itu?

Untuk laksankan Hukum Allah pun kita masih tidak terbuka minda.

wartamaya September 30, 2009 at 9:37 PM  

Salam Tuan,

Hakikatnya gitu. Kekadang terpikir bagaimana rasanya jadi Firaun yang tak pernah sakit.

Blog list