Kepala Lembu: Penduduk cerita kesah sebenar, di ugut
[...] Beberapa responden yang ditemui Harakahdaily 30 Ogos lalu mengadu bahawa mereka turut diugut sejak berita kumpulan ekstrem itu disiarkan.
Tidak mahu identiti masing-masing diketahui lagi, ada dalam kalangan mereka sudah diugut supaya berpindah, kerana dituduh pemecah belah masyarakat tempatan serta sokong penganut Hindu walaupun diri bergelar penganut Islam.
Di kalangan mereka juga, ada yang menerima ugutan melalui telefon.
Ada juga yang didatangi sendiri pemimpin tempatan yang menyokong aksi ekstrem itu, lalu mengugut untuk memecahkan cermin kereta dan sebagainya.
Mereka juga enggan membuat laporan Polis kerana takut pihak terbabit terus mengugut serta menyerang mereka.
"Saya satu keluarga nak tinggal di sini lebih lama. Ini kira kampung halaman saya. Buat apa buat laporan Polis" kalau ia diperbesarkan, banyak lagi ugutan selepas ini," jelas salah seorang daripada responden terbabit. - + selanjutnya
1 comments:
Salam Wak.
Nampaknya sudah macam di Israel pula. Diugut dan dihalau. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pihak Polis. Kerana Polis sudah terang menjadi ejen kerajaan dan bersekongkol dengan bajingan.
Post a Comment