Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 3, 2009

Banyak keputusan tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah LPK PAC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kirakira Wang Negara (PAC) mendapati banyak keputusan penting yang dibuat oleh pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) seperti kontrak dan perjanjian hanya dimaklumkan kepada lembaga pengarah lembaga selepas ia ditandatangani.

Pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid berkata gambaran yang didapati ialah "seolaholah ada masamasa di mana maklumat tidak disampaikan walaupun diminta secara bertulis".

Bercakap kepada pemberita selepas PAC menyoal dua bekas pengerusi LPK, Datuk Yap Pian Hon dan Tan Sri Dr Ting Chew Peh, di bangunan Parlimen di sini, Azmi berkata terdapat pembayaran yang banyak dibuat oleh lembaga yang hanya ditandatangani oleh pihak pengurusan.

"Banyak keputusan yang dibuat seperti kontrak dan perjanjian ditandatangani dulu oleh pengurusan dan hanya dimaklumkan kepada lembaga pengarah (selepas itu)". Keputusan penting lembaga tidak tahu...hanya dimaklumkan selepas perkara itu berlaku. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list