Rakan WARTAMAYA

Saturday, September 26, 2009

Jangan ganggu Presiden UMNO buat keputusan - Isa


PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.

"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

"Kemudian terserah kepada Presiden untuk memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Masjid Kariah Bagan Pinang dekat sini hari ini. - + selanjutnya

Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  September 26, 2009 at 6:46 AM  

penasiahat presiden, juga mahathir nak buat keputusan.....

Blog list