Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 2, 2009

Isu kuil: Lokasi Seksyen 23 jauh dari penduduk

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pemilihan kawasan Seksyen 23 Shah Alam sebagai lokasi baru tapak kuil Sri Maha Mariaman yang sebelum itu diputuskan di Seksyen 19 adalah kerana kedudukannya yang jauh dari penempatan penduduk.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, berbanding dengan tapak asal iaitu di Seksyen 19 kedudukannya terlalu hampir dengan penempatan penduduk iaitu kira-kira lapan meter atau selebar jalan.

Mengenai cadangan asal Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan tapak kuil itu ke Seksyen 22, Khalid berkata, ia merupakan kawasan industri berat dan tiada kawasan penempatan di lokasi tersebut.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan kawasan itu merupakan majoriti masyarakat India adalah palsu.

''Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19,'' katanya. - + selanjutnya

berkaitan hari ini,
Hisham jumpa penduduk
Sultan Selangor diminta campur tangan

Syok ni ... kita tunggu apa kata pemimpin UMNO. he he he ... Ada idea lagi bijak?
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list