Anwar : Siasat Ketua Polis Negara
Dakwaan Ketua Polis Negara Musa Hassan terbabit dalam kegiatan kongsi gelap kini diperkuatkan lagi dengan kemunculan satu lagi akuan bersumpah oleh pegawai polis kanan yang pernah berkhidmat di pejabat Musa sendiri.
Akuan Bersumpah oleh bekas pembantu peribadi atau ADC (aide-de-camp) kepada Musa itu didedahkan menerusi blog Malaysia Today.
Kenyataan bersumpah itu adalah susulan daripada akaun bersumpah oleh bekas pegawai polis lain yang tampil mengaitkan Musa dengan kongsi gelap.
Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akaun bersumpah terbaru oleh seorang lagi pegawai yang pernah bekerja rapat dengan Musa harus disiasat dengan bebas dan segera bagi mengelak sistem kepolisan negara menjadi bobrok dan porak-peranda.
"Tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini. Kalau kita bertolak ansur, maka keyakinan rakyat terhadap institusi polis, akan terhakis lagi sedangkan ramai anggota polis bersikap profesional dengan prestasi membanggakan," kata Anwar.
Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mengarah siasatan segera dilakukan, bukan cuba menutup tuduhan itu. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment