Rakan WARTAMAYA

Saturday, August 29, 2009

Wanita sokong Soi Lek dipecat

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Wanita MCA hari ini menyifatkan tindakan parti itu memecat keahlian Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sangat wajar demi meningkatkan integriti serta memulihkan imej parti di kalangan rakyat khususnya kaum Cina.

Setiausahanya, Senator Heng Seai Kie berkata, isu moral dan skandal seks bekas Timbalan Presiden MCA itu jika dibiarkan berterusan akan membantutkan kemajuan parti tersebut.

''Walaupun ada yang berpendapat skandal seks pemimpin itu isu lama, ia masih menjadi bahan sindiran sesetengah orang termasuk segelintir pemimpin pelbagai parti politik khususnya pembangkang.

''Saya sendiri pernah diperli dan dipersenda berkaitan skandal seks tersebut. Aksi seks tersebut jadi top ten dalam laman web lucah yang boleh dilihat masyarakat umum. Ia satu skandal yang mencalarkan imej MCA,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - + selanjutnya

Kata Tok Moh .. dia pernah berangan nak jadi aktor ubat kuat. Tapi bini nya tak mau jadi model pakaian mandi. Takut kena pulau dek orang kampung.
Tapi sekarang nampaknya ... diterima.
He he he ....
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list