200 penduduk bantah bina kuil
[...] Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ahmad Mahyuddin Manaf berkata, perarakan tersebut bertujuan menggesa kerajaan negeri membatalkan pembinaan kuil di kawasan mereka dan memindahkannya ke Seksyen 22 di sini yang merupakan lokasi asal rumah ibadat tersebut.
Beliau berkata, kenyataan kerajaan negeri untuk menganjakkan lokasi pembinaan kuil 300 meter ke dalam juga tidak dapat diterima oleh para penduduk dan mereka menganggapnya sebagai taktik untuk memperbodoh-bodohkan rakyat.
"Mana ada kawasan 300 meter lagi di situ, kalau mereka nak anjak juga terpaksalah robohkan kilang di belakang tanah itu.
"Jangan cuba menipu dan memperbodohkan kami kerana kami tahu itu cuma taktik kotor kerajaan negeri yang menyangka kami ini tidak tahu apa-apa," kata beliau ketika ditemui pemberita di hadapan pintu masuk bangunan SUK di sini.
Jelas beliau, bantahan dan perarakan yang dibuat hari ini juga tidak didalangi oleh mana-mana parti politik kerana ia adalah tanda bantahan penduduk Seksyen 23 sendiri yang terdiri daripada penyokong pelbagai parti termasuk UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Tambah beliau, mereka yang datang mewakili NGO atau parti politik adalah kerana menyokong perjuangan penduduk Seksyen 23. - + selanjutnya
Hah .. nama dah ada, jawatan dah tulis ...
apa lagi ... bagi la surat saman.
Perkauman tu .. he he he
![]()
0 comments:
Post a Comment