UMNO mahu KDN timbang ISA terhadap Siew Fook
KLANG 9 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menimbang mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Loke Siew Fook yang didakwa menghina Islam.
Beliau berkata, kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Kebangsaan DAP (DAPSY) itu perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku hingga menjejaskan keharmonian dan kestabilan masyarakat di negara ini.
Menurutnya, dalam Perkara 72(3) akta itu menyatakan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak melaga-lagakan perbezaan agama yang boleh memberi risiko keselamatan terhadap negara.
''Maka, kita serah kepada pihak bertanggungjawab dalam soal agama dan keselamatan (KDN) supaya menentukan terlebih dahulu kenyataan tersebut sama ada benar atau sebaliknya.
''Jika dakwaan itu benar, kita mahu tindakan segera diambil terhadap beliau,'' katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kapar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Siew Fook yang didakwa menghina Islam menerusi satu artikel dalam laman blog, http://sjsandteam.wordpress.com. - + selanjutnya Utusan Meloya
1 comments:
Jika benar Siew Fook menghina Islam maka benarlah dia 'warga negara pungut' yang tidak sedar diri. Itu pun jika bukan fitnah.
Post a Comment