Penduduk S. Alam terus marah
SHAH ALAM 9 Ogos – Masyarakat Islam di sini yang marah dan kesal dengan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu dan Islam menyifatkan beliau telah membelakangkan agama apabila mengambil keputusan sedemikian.
Mereka berpendapat tindakan itu bukan sahaja melukai perasaan penduduk tetapi perasaan sama dirasai masyarakat Islam seluruh negara kerana seperti mempermain-mainkan agama Islam.
Penduduk Seksyen 18 di sini, Zulkifli Pakdak Karim, 61, mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak mengekalkan sahaja peraturan seperti pemerintahan semasa Barisan Nasional (BN) dulu yang tidak membenarkan arak dijual di kawasan majoriti Islam. - + selanjutnya di Utusan Meloya
0 comments:
Post a Comment