Rakan WARTAMAYA

Wednesday, August 12, 2009

Tuduhan pengkhianat bangsa berbaur perkauman: Anwar

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan pemimpin Umno atas sebarang insiden buruk yang mungkin berlaku akibat kenyataan yang melabelkan beliau sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan beliau sebagai pengkhianat adalah berbaur perkauman yang boleh mencetuskan reaksi negatif di kalangan orang Melayu terutama yang berfikiran ekstrim.

Anwar mendakwa Muhyiddin sengaja memainkan isu ada pihak yang anti-Islam dan anti-Melayu bagi mewujudkan kesangsian terhadap perjuangan beliau selama ini, sekali gus membangkitkan kemarahan segelintir pihak yang ekstrim. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list