Tiada sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada Rabu ini - Genesan
IPOH 29 Ogos — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.
Beliau berkata tindakan Adun Tronoh V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.
Bercakap kepada pemberita di sini, Ganesan berkata Sivakumar masih mahu “menyamar” dan bertindak sebagai YDP dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan. - + selanjutnya
Siapa yang nyamar nihhhh?
1 comments:
Bila nak habis isu Perak nih ?.
Yang ni kata yang tu tak sah, Yang tu kata yang ni tak sah.
habis yang mana satu yang sah ?.
Post a Comment