Teori Teoh ditakut-takutkan sehingga tergelincir
SHAH ALAM: Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock berkemungkinan masih hidup selepas jatuh dari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam sebelum ditemui mati di tingkat 5 pada 16 Julai lalu.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut berdasarkan si mati ditemui dalam keadaan sedang menggenggam tangan.
"Ada kemungkinan si mati masih hidup selepas beliau jatuh kerana beliau menggenggam tangan sebagai tanda menahan kesakitan," katanya semasa memberi keterangan kali ketiga dalam prosiding inkues kematian Teoh di sini hari ini.
Malah Dr. Khairul juga menjelaskan si mati mungkin masih berada dalam keadaan sedar ketika beliau jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment