Muhyiddin jadikan harta kerajaan harta partinya
Oleh Zukri Aksah
MARAN, Ogos 17 – Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, baru-baru ini terselamat dari terlibat dengan tragedi apabila helikopter Nuri milik TUDM yang dinaikinya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran disebabkan cuaca buruk.
Sambil mengucapkan syukur atas terhindarnya Muhyiddin dari tragedi, Saudara Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang sempat melontar persoalan yang terbit berikutan kejadian tersebut.
Ini kerana Muhyiddin menaiki helikopter Nuri milik TUDM tersebut untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setelah selesai merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kudat. Pada petang hari yang sama, Muhyiddin dijadual akan merasmikan pula Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Penampang. - + selanjutnya
![]()
1 comments:
Ye lah!!! kan Malaya ni mak bapak aku punya....suka hati aku lah...ko sebok2 buat per????
Post a Comment