Surat misteri inkues Teoh, koroner arah siasatan baru
SHAH ALAM: Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan siasatan dijalankan berhubung satu surat misteri yang dipercayai mengandungi penemuan baru bagi membantu inkues kematian pembantu politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Koroner Azmil Muntapha Abas mengeluarkan perintah kepada Pegawai Penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal supaya menjalankan siasatan segera berhubung perkembangan terbaru itu.
"Ada beberapa elemen yang berkait rapat dengan perjalanan inkues ini, jadi saya perlu arahkan pegawai penyiasat untuk satu siasatan segera.
"Saya harap siasatan yang dijalankan terus menjurus kepada skop inkues ini," kata koroner selepas meneliti kandungan surat asal yang diserahkan kepadanya pada prosiding hari ini. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment