SPRM 'gerudi' Tiong 4 jam
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing telah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan yang dibuat terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Difahamkan, tiga pegawai SPRM datang ke pejabat Tiong di sini pada pukul 2 petang Khamis lalu dan menyoal siasat beliau lebih empat jam.
Peguam Tiong turut berada di situ memandangkan beliau telah diberikan notis mengenai kedatangan SPRM sebelum itu.
Pegawai-pegawai SPRM meninggalkan pejabat tersebut kira-kira pukul 6.30 petang dengan membawa beberapa fail. - + selanjutnya
2 comments:
Piii rahhh mabok !
Gerudi konon. Sikit pun tak caya.
Kalau pembangkang tu tak cukup datang pejabat, siap suruh datang pejabat SPRM.
Orang dah tau dah. SPRM ni tak betul pun.
SPRM ni cuma gunakan kaki..tangan..dan badan je.....tapi pancaindera penting tak pakai.....mata..telinga ..dan kepala tak pakai.....tu pasal jadi gitu....TAK TAU LAH "APA NAK JADI".......bukan bolih tongkat dunia punnnnnn!!!!!!!!
Post a Comment