Rohaizat: Umno atau Ragunath yang bohong?
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Isu hero Umno yang dilayangkan kad merah oleh Majlis Peguam menimbulkan persoalan adakah para pemimpin Umno bercakap bohong atau Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang berbohong.
Persoalan itu berbangkit apabila Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menabalkan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman sebagai "wira".
Tidak cukup dengan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sekali lagi mengulangi dakwaan para pemimpin Umno bahawa Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment