PKR tidak mampu menyatupadukan anggotanya - Mustapha
KUALA LUMPUR 25 Ogos — Tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas menunjukkan parti itu tidak mampu menyatupadukan anggotanya.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapha Mohamed berkata, krisis keyakinan terhadap kepimpinan parti itu sebenarnya bermula di Kedah yang kemudian menular ke Pulau Pinang dan kini kembali ke Kedah semula.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, parti itu juga sudah tidak menjadi ikutan orang Melayu dan rakyat Malaysia turut kecewa dengan janji-janji mereka.
“Kita berjuang untuk satu Malaysia iaitu rakyat didahulukan, tetapi PKR berjuang untuk seorang sahaja,” katanya selepas majlis pengagihan bubur lambuk kepada warga kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sini hari ini. - Bernama
2 comments:
BN tak mampu berhenti beli undi dan beli ADUN, bagaimana BN mampu menghapuskan rasuah...
siapa beli undi dan tipu daftar pengundi di manek urai????
Post a Comment