Rakan WARTAMAYA

Wednesday, August 26, 2009

Pendakwa dakwa Penjara Kajang halang hukuman sebat

KUANTAN 25 Ogos - Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar hari ini mendedahkan, hukuman sebat gagal dilaksanakan ke atas seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, semalam ekoran halangan yang dikenakan oleh Penjara Kajang, Selangor.

Abdul Rahim yang kecewa dengan keputusan penangguhan itu mendakwa, pengurusan Penjara Kajang tidak membenarkan penjara tersebut dijadikan tempat untuk melaksanakan hukuman mungkin kerana menerima tekanan daripada pihak tertentu.

Tegasnya, penangguhan tersebut tidak ada kaitan sama sekali dengan faktor menghormati bulan Ramadan kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebelum ini memang memutuskan hukuman sebat berkenaan dilaksanakan dalam bulan puasa.

''Kita percaya pengurusan penjara tersebut mungkin memohon mendapatkan arahan daripada Pejabat Peguam Negara supaya hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi ditangguhkan. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list