Rakan WARTAMAYA

Saturday, August 15, 2009

Pengerusi Kampung Buah Pala dipukul

GEORGETOWN: Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran, 54, cedera di kepala selepas dipukul oleh seorang penduduk dengan sebatang besi di depan rumahnya di sini, malam kelmarin.

Lelaki terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan tindakan Sugumaran yang bersetuju untuk mengosongkan rumah mereka mulai 1 September ini, jika pemaju membayar pampasan kepada penduduk.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata Sugumaran menerima dua jahitan di kepalanya, tetapi keadaannya mungkin lebih parah jika tidak diselamatkan penduduk dalam kejadian jam 8.30 malam. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list