Lagi blog buang artikel 'konspirasi' PAS
Satu lagi blog – mendakwa wujud konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor – membuang artikelnya selepas menerima surat ugutan dikendakan tindakan undang-undang.
Blog Perisik Rakyat (www.perisik-rakyat.com) Khamis lalu menyiarkan semula artikel di blog Malaysia Waves, 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor' – tetapi menarik balik sehari selepas itu.
Pengendalinya Mohd Fauzi Mohd Azmi menerima surat tuntutan daripada seorang pemimpin PAS yang dinamakan dalam tulisan itu sebagai salah seorang yang terlibat dalam mesyuarat merancang penyingkiran beberapa ADUN dan ahli parlimen parti PAS.
Surat itu, antaranya, memohon tuntutan maaf secara terbuka dan menarik balik tulisan tersebut. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment