Rakan WARTAMAYA

Tuesday, August 25, 2009

Islam, Hudud atau Sarkas?

Dalam kehidupan kita sehari, terkadang sering kita terkeliru dengan bentuk perjuangan kita yang sebenar dalam mempertahankan setiap perkara yang kita percaya.

Dalam ruangan komentar di Malaysiakini hari ini, tulis Norhayati Kaprawi bertajuk "Imej agama apa yang kita mahu? adalah suatu contoh bentuk berjuangan yang terkeliru matlamat. Apakah yang sebenarnya beliau perjuangkan? Sekali baca komen tersebut seolah dia anti-ulama dan pemimpin islam. Beliau juga seolah lama telah menyimpan ketidaksetujuaan beliau terhadap tindakan pemimpin islam dengan mengatakan,

"Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam. Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.

Apakah ulama dan pemimpin Islam benar-benar kelam-kabut soal ini?

Yang pasti tiada persoalan apakah bentuk negera islam yang kita inginkan dinegera kita ini. Dalam kes Kartika ini ternyata Hakim mengambil langkah dengan melaksanakan hukuman ta'zir keatas Kartika kerana meminum minuman keras dikhalayak ramai. Ta'azir istilah hukuman yang berbentuk edukatif dengan maksud menakut-nakutkan.

Tapi kenapa perlu ada sebuah NGO yang melabel diri sebagai NGO Islam bersungguh dalam mempertahankan supaya perlaksanaan hukuman ini dibatalkan. Begitu jahil lagi mereka apabila memberi rasional bahawasanya kesalahan Kartika ini adalah ringan kerana tidak memudaratkan orang lain, jadi perlu diberi hukuman yang minimum.

Tapi kalau kita benar-benar lihat kesalahan Kartika ini sebetulnya terdapat pada ramai lagi diantara kita, minum minuman keras dikhalayak ramai adalah secara tidak langsung mencabar Islam itu sendiri. Ditambah pandangan orang lain terhadap umat islam kerana apabila kelakuan seperti itu ditunjukkan di khalayak ramai, ia soalah mempamer kelakuan Umat Islam secara keseluruhannya. Kita sendiri sebagai Umat Islam sepatutnya lebih tau mana yang hak dan batil, tetapi soalnya kenapa masih diperbuat lagi?

Sebetulnya perlaksanaan hukuman ini tidak perlu dipersoalkan, tetapi isu yang dibangkitkan dan publisiti yang diraih dari NGO tersebut cukup meluas dan kini mereka telah berjaya menanamkan syak wasangka serta ragu-ragu keatas hati kita dalam soal melaksanakan hukuman seperti ini.

Bagi saya haiwan sarkas seperti yang diperkatakan oleh penulis terhadap Kartika itu adalah lebih jelas ditunjukkan kepada mereka yang melatah apabila undang-undang Islam cuba dilaksanakan didalam negara kita ini.

Hafiz Ismail

Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  August 25, 2009 at 10:56 PM  

geram biler ader gak orang yg buta agama tapi buat-buat faham agama

Anonymous,  August 26, 2009 at 12:04 AM  

siapa perintah malaysia??? UBN, itulah UBN dulu,kini dan selamanya yang semakin nyanyuk...

Blog list